jump to navigation

Kunjungan Anwar Ibrahim ke Jerantut mendapat sambutan luarbiasa Ogos 22, 2007

Posted by Pengarang in Anwar, Lawatan.
add a comment

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan kerja ke Jerantut pada 15 Ogos 2007 yang lalu.

Dr HamzahMenurut Dr Hamzah, Dato’ Seri Anwar bersama jemaah menunanikan solat Zohor di Masjid Lama Bandar Jerantut, menjamu selera bersama rakyat di kawasan perumahan yang berdekatan masjid.

Pada jam 3.00 petang beliau bersama masyarakat Tionghua dalam majlis Hi Tea di salah sebuah restoran di bandar Jerantut. Kedua-dua majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Yang Dipertua PAS Jerantut, Dr Hamzah Jaafar serta  pimpinan kawasan dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang merangkap Ketua PKR Jerantut, Mohd Nor Jaafar.

Lawatan ini mendapat sambutan diluar jangkaan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Dr Hamzah diberi kepercayaan berucap di Muktamar PAS ke 53 Julai 30, 2007

Posted by Pengarang in Ucapan.
add a comment

KOTA BHARU, 2 Jun 2007 (Hrkh) – Sebagai akhbar rasmi parti, Harakah diminta berperanan memaparkan fakta-fakta mengenai Kelantan yang dilabel sebagai negeri kebajikan.

Ini penting bagi meuar-uarkan kebajikan yang dibuat PAS semasa memerintah negeri bagi menggambarkan imej kerajaan negeri yang sebenar, kata wakil Pahang, Dr Hamzah Jaffar.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Agung PAS kali ke-53 yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik) dekat sini hari ini.

Di samping itu, fakta tersebut perlu dibaca berulang kali untuk meyakinkan rakyat bahawa PAS sebuah parti yang prihatin kepada kesusahan rakyat, katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa pemimpin PAS agar jangan hanya bermesra dengan ahli sebaliknya seluruh rakyat di kawasan masing-masing.

Baginya, imej mesra rakyat itu perlu ditonjolkan untuk menarik lebih ramai rakyat menyokong PAS dan mengenali perjuangan PAS, katanya.

Pemimpin dari setiap dewan diminta melihat semula fungsi dan peranan mereka sebagai pimpinan selaras dengan penubuhan PAS, kata seorang lagi perwakilan yang bangun membahaskan ucapan dasar Presiden selepas Dr Hamzah.

Kamaruddin turut mencadangkan pula mencadangkan PAS perlu menerangkan kepada rakyat makna sebenar demokrasi.

Menurutnya, hari ini rakyat masih kabur dengan maksud sebenar demokrasi yang dijalankan di negara ini memandangkan ianya digelapkan oleh media-media yang pro kepada Umno/Barisan Nasional (BN).

“Maksud sebenar demokrasi ialah, dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat, bukan seperti yang digunapakai oleh BN, dari rakyat untuk pemimpin demi kroni,” tegasnya.

Beliau mengingatkan betapa pentingnya keadilan ditegakkan di negara ini dan ia perlu dilakukan dengan perubahan kerajaan dari BN kepada kerajaan yang dipimpin PAS.

Katanya pimpinan perlu fokus kepada kerja-kerja parti menghadapi pilihan raya, katanya.